Pages

Featured Posts

Saturday 14 July 2012

Cara mudah untuk diet.



Memang ramai orang yang ada kesungguhan untuk diet dan ingin kurus.Ramai juga yang sudah diet tetapi tidak berakhir dengan baik kerana ramai yang berputus asa Entri ini mengajarkan beberapa tips mudah yang boleh dipraktikkan sekiranya anda sedang merancang untuk diet atau pun di dalam pantang diet.


Tutup TV.


Adakah anda sedar sekiranya anda makan sambil menonton tv anda akan cenderung untuk makan lebih lama? Malah , menurut kajian  sekiranya anda makan sambil melakukan aktiviti lain seperti bermain sms , memandu dan sebagainya anda akan makan lebih lama dan banyak kerana tumpuan anda ketika makan diganggu dengan aktiviti lain.


Periksa berat anda setiap hari.
Ikuti perkembangan berat badan setiap hari atau pun mengikut jadual yang anda tentukan. Dengan cara ini anda dapat mengetahui sama ada berat badan anda bertambah atau berkurang.Semua orang rasa mereka kurus sehingalah mereka perlu menghadapi kenyataan dengan memeriksa berat badan sendiri.
Sibukkan diri


Bila anda rasa anda sedang mengidam sesuatu , sibukkan diri dengan perkara lain.Menurut kajian mengidam(craving) hanya berlanjutan selama 5 minit sekiranya anda menyibukkan diri dengan sesuatu.Jadi bila anda sudah selesai dengan tugas anda , anda sudah tidak mengidam lagi.  
Makan buah


Kandungan buah-buahan kurang lemak dan banyak mengandungi air.Sekiranya anda makan buah sebelum hidangan utama, anda akan kebih cepat kenyang dan dapat mengurangkan hidangan berat yang anda ambil .


Tidur lebih lama


Tidur lebih awal dan bangun lewat dari kebiasaan boleh  mengelakkan stress dan kepenatan yang akan berpanjangan sepanjang hari.Apabila  stress kita akan cenderung untuk makan dan menghiraukan peraturan diet yang telah kita tetapkan sendiri.


Sarapan
Bekalan tenaga utama untu sepanjang hari kebanyakkannya diperoleh darripada sarapan pagi.Sekiranya anda tidak sarapan , anda akan merasa lapar dan tidak bermaya sepanjang hari.Pilih sarapan dengan protein dan karbohidrat untuk cara mudah kenyang lebih lama dan paras gula dalam darah yang stabil.


Bayangkan anda kurus
Cara ini paling sukar dan kebanyakkan mereka yang berazam untuk diet gagal pada peringkat ini.Bila anda anda kesungguhan untuk memperoleh tubuh badan yang sihat dan slim , anda harus ada kekuatan mental untuk meneruskan rutin diet anda. Membayangkan diri sendiri sebagai kurus adalah cara untuk mengekalkan focus kepada matlamat anda – kurus dan sihat. 










read more

Friday 13 July 2012

Ayat minta putus dan penyepak sekali gus.



Sebagai lelaki , perkara terakhir yang kita mahukan adalah mencalarkan hati seorang perempuan ketika kita memutuskan untuk tidak lagi meneruskan hubungan.Bagi mereka yang nak mintak clash boleh try beberapa break up lines ni , kalau anda berani sangat lah J

“Sesetelah melalui perbincangan yang panjang dengan family ,saya rasa family saya tidak merestui hubungan kita.Terutamanya kucing saya”.

“Saya nak tukar jantina.”

“Saya topup pun 3ringgit awak mintak baju poplook macam mano saya nak makan”.

“Saya rasa perhubungan kita sia-sia sahaja memandangkan kakak awak dah kahwin” .

“Kawan awak cantik-cantik sebab tu saya couple dengan awak”

“Isteri saya tidak merestui lagi hubungan kita”

“Saya ingatkan awak lelaki”


Sekiranya anda minta putus dan awek anda bertindak seperti di atas , blog ini tidak bertanggungjawab.

Amaran : penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kemalangan dan insiden jika anda break-up menggunakan idea-idea dari ayat di atas. Apapun , semoga berjaya!

read more

Tips cari duit lebih semasa belajar.





Sebagai pelajar kita semua  telah merasai keperitan dan saat-saat "poket kering".Elaun  sekadar cukup makan untuk satu sem kemudian harus menunggu semester depan untuk  elaun.Sekiranya kita bijak berbelanja  duit yang diberikan itu akan cukup menanggung kita tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tersilap merancang dan dibebani pula hutang.
Terdapat beberapa cara yang biasa yang saya lihat digunakan oleh pelajar untuk memperoleh duit tambahan. 




Affiliate
Apa itu affiliate? .Dalam  dunia fizikal , ejen affiliate dikenali sebagai  ejen pemasaran .Fungsi ejen affiliate adalah mempromosi produk yang disediakan di website affiliate anda . Anda harus mendaftar sebagai ejen affiliate terlebih dahulu..Sekiranya link yang dipromosikan  anda berjaya menghasilkan jualan , anda akan memperoleh komisyen. Sebagai ejen affiliate , jumlah komisyen bergantung pada jumlah jualan dan usaha anda .Adil bukan? Biasanya  affiliate tidak mengenakan bayaran untuk  pendaftaran. 

Dropship
Dalam  dropship,anda mempromosikan barang dan pelanggan akan mengambil pesanan daripada anda. Anda tidak akan menyimpan stok ataupun menghantar barang. Anda cuma perlu mempromosi dan segala barang akan dihantar oleh tuan punya kedai. Berbeza dengan sistem affiliate , dalam dropship anda akan mengambil pesanan dan memaklumkan pada pemilik barang tentang pesanan tersebut.Pelanggan anda tidak  mengetahui dia sedang berurusan melalui ejen  dropship.

Menjual barang melalui internet.
Kaedah ini adalah antara cara paling popular pada hari ini.Anda boleh buat duit melalui ebay atau pun mudah . platform percuma seperti mudah.my atau pun ebay  .Ramai kalangn usahawan yang mula berjinak-jinak dengan bisnes online menggunakan platform blogger atapun wordpress. Perkhidmatan blogger dan wordpress adalah percuma.Anda boleh bermula meniaga dengan mencari Senarai Pembekal di Malaysia.Anda boleh mula belajar membina laman web perniagaan anda di sini.





Pelaburan emas
Mungkin ramai yang tak sedar dan menganggap pelaburan emas sangat mahal dan tidak mampu untuk seorang pelajar.Sebenarnya banyak bank yang menyediakan perkhidmatan akaun emas dan sekiranya kita menyimpan mulai hari ini , pelaburan kita akan berganda di masa akan datang. Berbanding sekadar menyimpan duit di bank ,pelaburan emas membolehkan kita menyimpan dan meningkatkan nilai wang kita.
Terdapat juga panduan Rahsia Pelaburan Akaun Emas yang boleh dimuat turun sekiranya anda bersungguh-sungguh untuk mempelajari seni buat duit dengan emas.

Menjual  produk makanan.
Menurut pengalaman saya sendiri dan rakan – rakan lain.Menjual makanan di adalah antara cara paling mudah memperoleh wang tambahan semasa belajar.Terdapat banyak peluang menjual makanan contohnya di ekspo-ekspo dan semasa konvokesyen universiti..Cupcake dan coklat adalah produk yang hangat ketika ini.Untuk mengetahui cara membuat coklat dengan kos minimum anda boleh download di sini. Sekiranya anda berminat lebih lanjut mengenai perniagaan cupcake , download ebook Panduan Perniagaan Cupcake

Hobi
Sekiranya kita mempunyai hobi yang berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan, sebaiknya kita meneruskan sahaja hobi kita itu.Apabila  kita benar –benar  mahir , ramai yang akan mengambil khidmat kita.Fotografi dan penulisan antara hobi yang sering  dijadikan sumber pendapatan.Sebagai blogger anda boleh buat duit dengan menulis di blog , majalah artikel dan sebagainya. Pasaran untuk fotografi perkahwinan sangat besar pada hari ini tetapi fotografer tetap mendapat rezeki dan pesanan yang idak putus-putus.Dalam persaingan kerjaya fotografi yang sangat besar , anda harus berusaha dan menajamkan teknik fotografi perkahwinan antara cara paling berkesan untuk memperoleh pendapatan sebagai fotografer.



Sekiranya kita benar-benar serius ingin menjadi usahawan , kita harus bermula dari kita belajar lagi. Sama da kita gagal atau tidak ,semua itu adalah pengalaman berharga yang sukar diperolehi.Semoga anda semua berjaya dalam apa - apa bidang pun :)









read more

Thursday 12 July 2012

Gemuk tak cantik ke?


Malaysia berada di tempat ke enam penduduk paling ramai obesiti dan nombor 1 di Asia Tenggara ketika ini.Adakah anda antara mereka yang menyumbang kepada statistik itu?


Orang gemuk malas?


Menyatakan orang gemuk sebagai golongan yang malas dan banyak makan mungkin ada benarnya , mungkin juga tidak .Seperti mana terdapat ramai orang gemuk  yang malas dan kuat makan , ramai juga orang kurus yang malas dan kuat makan.

Orang gemuk tak cantik?

Cantik atau tidak bukan berpunca dari kegemukan . Cantik adalah subjektif dan semua orang boleh menilai dari perspektif berbeza. Ramai juga orang gemuk yang comel J

Perlu ke jadi kurus?

Kegemukan menjadi  punca utama   kepada pelbagai penyakit seperti arthritis , masalah kulit  , diabetes, multiple sclerosis dan asma (diambil dari artikel ini). Setiap orang berhak disayangi dan dihargai tidak kira bentuk fizikal dan tubuhnya. Memilih untuk mengambil diet yang sihat adalah pilihan bijak untuk mendapat penghargaan daripada orang sekeliling daripada usaha anda untuk menjadi langsing dan sihat.

Adakah diabetes sesuatu yang serius dan berbahaya untuk saya?

Terdapat 3 jenis diabetes ,diabetes type 1 , diabetes type 2 dan gestational diabetes.Ketiga-tiga jenis diabetes ini akan menyebabkab kegagalan tubuh menghasilkan insulin – insulin adalah hormon yang membolehkan  badan menggunakan glukos dalam tubuh . Glukosberasal dari makanan yang kita makan.
Tanpa insulin glukos akan tersimpan dalam darah dan menghasilkan paras gula dalam darah yang tinngi.
Paras gula dalam darah akan member kesan terhadap buah pingang , mata dan pelbagai organ. Sekiranya anda masih merasakan glukos bukanlah sesuatu yang serius , anda sudah tidak perlu membaca artikel ini.

 Bagaimana saya nak kurus?

Terdapat banyak website dan panduan yang anda  boleh google dan cari sendiri untuk mendapatkan panduan langsing dan kurus .Tetapi adakah anda berupaya untuk mempunyai perancangan yang strategik dalam usaha anda untuk kurus tanpa bimbingan sesiapa?

Raya dah dekat saya nak kurus!

Hadiah terbaik untuk diri sendiri pada raya tahun ini adalah menjadi langsing dan kurus! Anda hanya perlu muat turun ebook kurus ini  dan anda masih sempat untuk kekal langsing dan sihat ebelum terlambat.

Di mana saya muat turun ebook kurus dalam 29.5 hari?
Klik gambar di bawah dan bermula sekarang.






Semoga berjaya! hehe
read more