Saturday 14 July 2012

Cara mudah untuk diet.



Memang ramai orang yang ada kesungguhan untuk diet dan ingin kurus.Ramai juga yang sudah diet tetapi tidak berakhir dengan baik kerana ramai yang berputus asa Entri ini mengajarkan beberapa tips mudah yang boleh dipraktikkan sekiranya anda sedang merancang untuk diet atau pun di dalam pantang diet.


Tutup TV.


Adakah anda sedar sekiranya anda makan sambil menonton tv anda akan cenderung untuk makan lebih lama? Malah , menurut kajian  sekiranya anda makan sambil melakukan aktiviti lain seperti bermain sms , memandu dan sebagainya anda akan makan lebih lama dan banyak kerana tumpuan anda ketika makan diganggu dengan aktiviti lain.


Periksa berat anda setiap hari.
Ikuti perkembangan berat badan setiap hari atau pun mengikut jadual yang anda tentukan. Dengan cara ini anda dapat mengetahui sama ada berat badan anda bertambah atau berkurang.Semua orang rasa mereka kurus sehingalah mereka perlu menghadapi kenyataan dengan memeriksa berat badan sendiri.
Sibukkan diri


Bila anda rasa anda sedang mengidam sesuatu , sibukkan diri dengan perkara lain.Menurut kajian mengidam(craving) hanya berlanjutan selama 5 minit sekiranya anda menyibukkan diri dengan sesuatu.Jadi bila anda sudah selesai dengan tugas anda , anda sudah tidak mengidam lagi.  
Makan buah


Kandungan buah-buahan kurang lemak dan banyak mengandungi air.Sekiranya anda makan buah sebelum hidangan utama, anda akan kebih cepat kenyang dan dapat mengurangkan hidangan berat yang anda ambil .


Tidur lebih lama


Tidur lebih awal dan bangun lewat dari kebiasaan boleh  mengelakkan stress dan kepenatan yang akan berpanjangan sepanjang hari.Apabila  stress kita akan cenderung untuk makan dan menghiraukan peraturan diet yang telah kita tetapkan sendiri.


Sarapan
Bekalan tenaga utama untu sepanjang hari kebanyakkannya diperoleh darripada sarapan pagi.Sekiranya anda tidak sarapan , anda akan merasa lapar dan tidak bermaya sepanjang hari.Pilih sarapan dengan protein dan karbohidrat untuk cara mudah kenyang lebih lama dan paras gula dalam darah yang stabil.


Bayangkan anda kurus
Cara ini paling sukar dan kebanyakkan mereka yang berazam untuk diet gagal pada peringkat ini.Bila anda anda kesungguhan untuk memperoleh tubuh badan yang sihat dan slim , anda harus ada kekuatan mental untuk meneruskan rutin diet anda. Membayangkan diri sendiri sebagai kurus adalah cara untuk mengekalkan focus kepada matlamat anda – kurus dan sihat. 










0 comments:

Post a Comment