Friday 13 July 2012

Tips cari duit lebih semasa belajar.





Sebagai pelajar kita semua  telah merasai keperitan dan saat-saat "poket kering".Elaun  sekadar cukup makan untuk satu sem kemudian harus menunggu semester depan untuk  elaun.Sekiranya kita bijak berbelanja  duit yang diberikan itu akan cukup menanggung kita tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tersilap merancang dan dibebani pula hutang.
Terdapat beberapa cara yang biasa yang saya lihat digunakan oleh pelajar untuk memperoleh duit tambahan. 




Affiliate
Apa itu affiliate? .Dalam  dunia fizikal , ejen affiliate dikenali sebagai  ejen pemasaran .Fungsi ejen affiliate adalah mempromosi produk yang disediakan di website affiliate anda . Anda harus mendaftar sebagai ejen affiliate terlebih dahulu..Sekiranya link yang dipromosikan  anda berjaya menghasilkan jualan , anda akan memperoleh komisyen. Sebagai ejen affiliate , jumlah komisyen bergantung pada jumlah jualan dan usaha anda .Adil bukan? Biasanya  affiliate tidak mengenakan bayaran untuk  pendaftaran. 

Dropship
Dalam  dropship,anda mempromosikan barang dan pelanggan akan mengambil pesanan daripada anda. Anda tidak akan menyimpan stok ataupun menghantar barang. Anda cuma perlu mempromosi dan segala barang akan dihantar oleh tuan punya kedai. Berbeza dengan sistem affiliate , dalam dropship anda akan mengambil pesanan dan memaklumkan pada pemilik barang tentang pesanan tersebut.Pelanggan anda tidak  mengetahui dia sedang berurusan melalui ejen  dropship.

Menjual barang melalui internet.
Kaedah ini adalah antara cara paling popular pada hari ini.Anda boleh buat duit melalui ebay atau pun mudah . platform percuma seperti mudah.my atau pun ebay  .Ramai kalangn usahawan yang mula berjinak-jinak dengan bisnes online menggunakan platform blogger atapun wordpress. Perkhidmatan blogger dan wordpress adalah percuma.Anda boleh bermula meniaga dengan mencari Senarai Pembekal di Malaysia.Anda boleh mula belajar membina laman web perniagaan anda di sini.





Pelaburan emas
Mungkin ramai yang tak sedar dan menganggap pelaburan emas sangat mahal dan tidak mampu untuk seorang pelajar.Sebenarnya banyak bank yang menyediakan perkhidmatan akaun emas dan sekiranya kita menyimpan mulai hari ini , pelaburan kita akan berganda di masa akan datang. Berbanding sekadar menyimpan duit di bank ,pelaburan emas membolehkan kita menyimpan dan meningkatkan nilai wang kita.
Terdapat juga panduan Rahsia Pelaburan Akaun Emas yang boleh dimuat turun sekiranya anda bersungguh-sungguh untuk mempelajari seni buat duit dengan emas.

Menjual  produk makanan.
Menurut pengalaman saya sendiri dan rakan – rakan lain.Menjual makanan di adalah antara cara paling mudah memperoleh wang tambahan semasa belajar.Terdapat banyak peluang menjual makanan contohnya di ekspo-ekspo dan semasa konvokesyen universiti..Cupcake dan coklat adalah produk yang hangat ketika ini.Untuk mengetahui cara membuat coklat dengan kos minimum anda boleh download di sini. Sekiranya anda berminat lebih lanjut mengenai perniagaan cupcake , download ebook Panduan Perniagaan Cupcake

Hobi
Sekiranya kita mempunyai hobi yang berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan, sebaiknya kita meneruskan sahaja hobi kita itu.Apabila  kita benar –benar  mahir , ramai yang akan mengambil khidmat kita.Fotografi dan penulisan antara hobi yang sering  dijadikan sumber pendapatan.Sebagai blogger anda boleh buat duit dengan menulis di blog , majalah artikel dan sebagainya. Pasaran untuk fotografi perkahwinan sangat besar pada hari ini tetapi fotografer tetap mendapat rezeki dan pesanan yang idak putus-putus.Dalam persaingan kerjaya fotografi yang sangat besar , anda harus berusaha dan menajamkan teknik fotografi perkahwinan antara cara paling berkesan untuk memperoleh pendapatan sebagai fotografer.



Sekiranya kita benar-benar serius ingin menjadi usahawan , kita harus bermula dari kita belajar lagi. Sama da kita gagal atau tidak ,semua itu adalah pengalaman berharga yang sukar diperolehi.Semoga anda semua berjaya dalam apa - apa bidang pun :)









1 comments:

jackal said...

Betul tu. Dunia online sekarang banyak peluang buat duit. cuma kena hati2 banyak scammer.

[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

Post a Comment